Skip to main content

MAJLIS MENYANTUNI ANAK-ANAK TABIKA RINTIS BANGSA JOHOR SERTA KURNIAAN SUMBANGAN BANTUAN KEPADA BANGSA JOHOR

Admin
November 14, 2026

Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor berangkat ke Majlis Menyantuni Anak-anak Tabika Rintis Bangsa Johor serta Kurniaan Sumbangan Bantuan kepada Bangsa Johor yang berlangsung di Tabika Kemas Bangsa Johor, Larkin pada hari ini, 14 November 2026.

Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Abu Bakar Ibni Tunku Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor dan YBhg. Datuk Mohd Hanafiah Man, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Malaysia.

Tabika KEMAS Bangsa Johor (TKBJ) merupakan inisiatif cetusan ilham DYAM Pemangku Sultan Johor bagi menyediakan pendidikan awal berkualiti sebagai pelengkap kepada ekosistem Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ), sekali gus melahirkan generasi Bangsa Johor yang berilmu dan berdaya saing.

Bagi Fasa Pertama, Kerajaan Negeri Johor memperuntukkan RM4.19 juta untuk menaik taraf infrastruktur, latihan guru dan pemerkasaan silibus, melibatkan 172 murid di 5 TABIKA, 7 kelas dan 4 lokasi sekitar Johor Bahru serta Pasir Gudang manakala sebanyak RM550,000 dikhususkan kepada TKBJ Flat Perumahan Larkin Court 1. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.