LAWATAN BERAMAH MESRA BERSAMA WARGA LABIS, SEGAMAT
By Admin
Mac 09, 2022
Pada hari ini (9 Mac 2022), saya telah pergi ke daerah Segamat untuk melawat dan beramah mesra dengan para penduduk di sekitar kawasan Labis.
Program untuk hari ini bermula dengan lawatan ziarah kasih ke rumah warga-warga kampung yang asnaf bagi menghulurkan bantuan kepada mereka. Semoga sumbangan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka.
Seterusnya, program disambung dengan menyantuni para belia termasuk Southern Voluteers yang telah banyak membantu semua daerah di Johor dengan pelbagai misi seperti vaksinasi, banjir dan sebagainya.
Terima kasih kepada semua warga Labis, Segamat.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
















