Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

Admin
April 19, 2022

Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Kulai.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Kadi Daerah Kulai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Penolong-Penolong Pegawai Daerah Kulai, JKM Kulai, Penghulu Mukim Kulai dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.

Kurnian ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.