PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
By Admin
Yang Berbahagia Tuan Haji Zainor Bin Haji Adani, Pegawai Daerah Kulai telah menyerahkan penyampaian sumbangan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) kepada beberapa keluarga di Mukim Bukit Batu dan Mukim Senai, hari ini.
Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini ialah Kadi Daerah Kulai; Ketua Penolong Pegawai Daerah Kulai, Amin Baitulmal Daerah Kulai, JKM Kulai Penghulu-Penghulu Mukim dan Ketua-Ketua Kampung yang terlibat.
Selain itu, dua buah masjid dan surau di Mukim Senai turut menerima kurniaan DYAM TMJ. Masjid dan surau tersebut ialah :
Masjid Nurussaadah, Felda Taib Andak
Masjid Kampung Pertanian
Surau Al-Hidayah, Bandar Putra
Kurniaan ini adalah untuk membantu meringankan beban dan kesulitan hidup yang dihadapi oleh keluarga-keluarga yang serba memerlukan dan terjejas akibat wabak pandemik Covid-19 selain membantu pengurusan masjid dan surau yang terlibat.