Skip to main content

PENYERAHAN KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KELUARGA KURANG BERKEMAMPUAN DI DAERAH SEGAMAT

Admin
Mac 20, 2022

Penyampaian Kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah disempurnakan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim selaku Pegawai Daerah Segamat.

Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor oleh Pegawai Daerah Segamat telah diserahkan kepada beberapa buah keluarga di sekitar Mukim Pogoh Daerah Segamat yang melibatkan beberapa buah kampung. Penerima terdiri daripada keluarga yang kurang berkemampuan, mempunyai penyakit kronik, tidak bekerja tetap, warga emas yang uzur memerlukan penjagaan dari anak-anak dan mempunyai tanggungan keluarga yang ramai.

Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban keluarga penerima dimasa semua keluarga terjejas dengan situasi pandemik pada masa ini.

Sesungguhnya Kurniaan ini mencerminkan akan Keprihatinan dan Kasih Sayang yang Berterusan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada Bangsa Johor khasnya penduduk Daerah Segamat.

Turut serta bersama dalam penyerahan kurniaan ini ialah Penolong Pegawai Daerah Segamat, Penghulu Mukim dan Ketua Kampung yang terlibat.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.