TUNKU MAHKOTA JOHOR MENGURNIAKAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA KEBAKARAN RUMAH DI KAMPUNG PARIT MUSTAFFA, MUKIM SIMPANG KIRI, DAERAH BATU PAHAT
By admin
April 01, 2021
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenan mengurniakan sumbangan kepada Tuan Haji Jahurin Bin Tukiran, mangsa kebakaran rumah di Kampung Parit Mustaffa, Mukim Simpang Kiri baru-baru ini. Sumbangan kurnia dari Baginda berjumlah RM30,000.00 tersebut telah disampaikan oleh Setiausaha Sulit DYAM Tunku Mahkota Johor. Kejadian kebakaran yang berlaku sejam sebelum majlis pertunangan anak mangsa pada hari Ahad, 28 Mac 2021 telah memusnahkan keseluruhan rumah mangsa. Allah Peliharakan Sultan.