Skip to main content

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR SENTIASA DALAM INGATAN BANGSA JOHOR

Admin
Januari 22, 2024

Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail mangkat pada usia 77 tahun, pada malam 22 Januari 2010, selepas hampir tiga dekad memerintah negeri Johor.

Baginda yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981, turut dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-8 pada tahun 1984.

Almarhum Sultan Iskandar, merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, merupakan seorang sultan yang tegas dan sentiasa menitikberatkan disiplin dalam pemerintahan Baginda.

Baginda juga seorang sultan berjiwa rakyat yang sentiasa menghulurkan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan.

Al-Fatihah

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.