Skip to main content

ARAHAN BAGI MEMASTIKAN KESIAPSIAGAAN DALAM USAHA PENEBATAN BANJIR DAN PENYEDIAAN BANTUAN

Admin
Disember 30, 2021

Menerusi laporan ramalan awal, Johor dijangka akan dilanda banjir bermula 1 Januari. Saya telah mengarahkan agensi-agensi kerajaan dan pejabat-pejabat daerah supaya memastikan kesiapsiagaan untuk bertindak pantas dalam usaha penebatan banjir dan menghulurkan bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Saya juga telah mengarahkan supaya Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah dan agensi-agensi yang berkaitan bagi memastikan tiada siapa yang ketinggalan dalam usaha membantu mangsa banjir.

Saya akan terus memantau situasi di Johor, dan memastikan segala bantuan akan dihulurkan kepada rakyat Johor yang terjejas akibat bencana ini. Saya doakan Allah SWT memberkati dan melindungi kita semua dalam menghadapi banjir. Allah Peliharakan Sultan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.