Skip to main content

BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI BEBERAPA DAERAH DI JOHOR

Admin
Januari 24, 2023

SOUTHERN VOLUNTEERS DAN JOHOR MILITARY FORCES BERGANDING BAHU MEMBANTU MANGSA-MANGSA BENCANA BANJIR

Atas titah DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor, Southern Volunteers dan Johor Military Forces (JMF) telah digerakkan bagi memberi bantuan kepada mangsa-mangsa yang terkesan dengan bencana banjir yang berlaku dan membantu di pusat pemindahan sementara.

Selain menyampaikan bantuan berupa bekalan makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dan SV Box kepada mangsa-mangsa bencana banjir di beberapa daerah seperti Kluang, Segamat, Kota Tinggi dan Kulai, para sukarelawan turut membantu memantau kawasan-kawasan lain yang berisiko banjir. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.