Skip to main content

BINA RUMAH UNTUK GELANDANGAN

admin
Julai 06, 2021

Menerusi laporan baru-baru ini, terdapat lebih 500 orang Yang kini hidup gelandangan di Johor Bahru. Saya menitahkan agar pembinaan Pusat Transit Gelandangan di Johor Bahru dipercepatkan supaya mereka yang hidup gelandangan ini dapat tempat tinggal yang lebih selesa dan bantuan dari segi makanan dan kesihatan dapat disampaikan kepada mereka.

Dalam keadaan pandemik Covid-19 ini, mereka yang hidup gelandangan ini adalah antara golongan yang paling terdedah kepada jangkitan virus Covid-19 kerana mereka terpaksa tinggal di tepi-tepi jalan atau di tempat awam.

Saya juga menitahkan agar rumah gelandangan sementara diwujudkan dengan segera. Dengan adanya rumah gelandangan sementara, maka risiko jangkitan akan menurun dan mereka juga dapat divaksinasi sambil diberi sokongan yang sepenuhnya untuk kembali kepada kehidupan normal.

Mereka juga manusia dan berhak untuk menjalani hidup yang bermaruah. Allah Peliharakan Sultan.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.