Skip to main content

DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR BERI PENGHORMATAN KEPADA TENGKU MUDA PAHANG ATAS SUMBANGAN KEPADA INDUSTRI BOLA SEPAK MALAYSIA

Admin
April 27, 2025

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi penghormatan kepada Yang Amat Mulia Tengku Abdul Rahman Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Muda Pahang yang akan meninggalkan industri bola sepak Malaysia setelah tamat musim 2024-25. DYAM Pemangku Sultan Johor turut mengucapkan syabas dan terima kasih kepada YAM Tengku Muda Pahang atas sumbangan Baginda kepada industri bola sepak Malaysia.

DYAM Pemangku Sultan Johor telah berangkat ke perlawanan akhir Piala Malaysia di mana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim memenangi trofi yang ke-30 selepas kemenangan 2-1 ke atas Kelab Bolasepak Sri Pahang. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.