DULI YANG AMAT MULIA PEMANGKU SULTAN JOHOR SELAKU PEGAWAI MEMERINTAH ASKAR TIMBALAN SETIA NEGERI JOHOR BERANGKAT KE MARKAS TAKTIKAL POS TANJUNG SEPAT
By Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor selaku Pegawai Memerintah Askar Timbalan Setia Negeri Johor berangkat ke Markas Taktikal Pos Tanjung Sepang, Johor pada hari ini, 8 Februari 2024.
Dalam sesi lawatan tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor dipersembahkan dengan Demonstrasi Prosedur Tangkapan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).
Keberangkatan Baginda adalah susulan kejayaan cemerlang pelaksanaan Operasi Bersepadu melibatkan pelbagai agensi kerajaan di negeri Johor dalam OP MERPATI 1.
Operasi berkenaan berjaya menahan 24 tekong iaitu 13 tekong darat dan 11 tekong laut serta 1,108 orang PATI dengan keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM2.6 juta.
Di bawah kepimpinan Baginda, kerjasama erat khususnya antara Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Johor dan Tentera Darat melalui Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd) membuahkan kejayaan cemerlang sekali gus dapat membanteras kemasukan PATI ke negara ini terutamanya di Johor.
Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YBhg. Brigadier Jeneral Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged). Allah Peliharakan Sultan.





