Skip to main content

DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR MELAWAT STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL BERSAMA PENYELIA PADANG JDT DAN CAPAI KATA SEPAKAT DENGAN PIHAK STADIUM UNTUK PADANG BAHARU

Admin
Mac 19, 2022

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor melawat Stadium Nasional Bukit Jalil dan berbincang mengenai penajaan rumput jenis Zeon Zoysia kepada stadium itu dengan YB Dato’ Seri Ahmad Faizal bin Dato’ Azumu, Menteri Belia Dan Sukan.

DYAM Tunku Ismail turut menawarkan untuk menaja beberapa peralatan penyelenggaraan padang selepas padang ditukar. Perbadanan Stadium Malaysia mengalu-alukan penajaan tersebut namun meminta kerja-kerja tersebut hanya dimulakan pada Januari 2023 berikutan stadium telah ditempah sepenuhnya dengan pelbagai acara sepanjang tahun 2022.

Nigel Taylor, Ketua Penyelia Padang Stadium Sultan Ibrahim milik JDT yang turut hadir akan melakukan pemeriksaan lebih teliti ke atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum memulakan kerja. Pihak berkuasa stadium Bukit Jalil juga akan melawat Stadium Sultan Ibrahim untuk mempelajari cara-cara menjaga padang tersebut pada masa akan datang.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.