Skip to main content

GESAAN UNTUK BERI KEUTAMAAN KEPADA ISU PENDEKAAN KANAK-KANAK

Admin
Mei 12, 2022

Saya menggesa Kerajaan Negeri Johor untuk memberi keutamaan kepada isu penderaan kanak-kanak dan menjadi contoh dalam meningkatkan kesedaran orang awam mengenai isu ini. Agensi-agensi yang terlibat harus melaksanakan dasar baharu bagi menjamin keselamatan kanak-kanak.

Pada minggu depan, saya akan melawat pusat temuduga kanak-kanak (CIC), di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor (IPK), Johor Bahru. Saya juga akan memberikan sumbangan untuk menyediakan sebuah CIC di Ibu Pejabat Polis (IPD) Muar untuk digunakan oleh PDRM dalam usaha menyiasat dan menyelesaikan kes-kes penderaan kanak-kanak.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.