JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI FASA 5 BULAN APRIL DI MUKIM KOTA TINGGI
By admin
Penyerahan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor telah disempurnakan oleh YBhg. Pegawai Daerah Kota Tinggi, Puan Hajah Hazlina Binti Jalil kepada keluarga termiskin bagi fasa 5 bulan April di Kampung Seluyut, Kampung Sepak Hilir dan Kampung Temenin Baru Mukim Kota Tinggi.
Penerima pertama Abiah Binti Saman seorang warga emas yang menghidapi penyakit hipertiroidisme dan mengakibatkan beliau mengalami kecelaruan emosi. Beliau seorang ibu tunggal dan dijaga oleh anaknya yang baru selesai menjalani pembedahan appendix. Perima kedua Salmah Binti Atan, menghidapi penyakit diabetes kronik , kegagalan fungsi buah pinggang yang memerlukan rawatan dialisis setiap minggu. Manakala, penerima ketiga, Kuntum Binti Abdullah seorang ibu tunggal, penghidap kegagalan fungsi buah pinggang dan menderita akibat komplikasi diabetes kronik.
Turut mengiringi, wakil Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) daerah Kota Tinggi, wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan Masyarakat), Penghulu Tinggi daerah Kota Tinggi, Penghulu Kanan serta Penghulu Mukim.
Semoga kurniaan ini dapat meringankan beban yang ditanggung oleh penerima dan semoga penerima dapat meneruskan kesinambungan hidup dengan lebih baik di masa akan datang.