Skip to main content

JEJAK KASIH PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR FASA 1 BULAN JULAI DAERAH KOTA TINGGI

admin
Julai 12, 2021

YBhg Puan Hajah Hazlina Binti Jalil, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor Fasa 1 bulan Julai kepada keluarga 6 termiskin bertempat di Mukim Johor Lama dan Mukim Tanjung Surat daerah Kota Tinggi. Turut hadir, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kota Tinggi serta sukarelawan daripada Southern Volunteers.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor merupakan inisiatif baginda untuk membantu meringankan beban dan kesusahan hidup yang terpaksa dihadapi oleh golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU) dan lain-lain yang menghadapi ujian hidup yang getir seperti kehilangan pendapatan, kemalangan, penyakit dan sebagainya.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.