Skip to main content

JELAJAH KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2023 MEMBUKA TIRAI

Admin
Ogos 05, 2023

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor julung kali memimpin jelajah Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2023 diiringi oleh YAM Che Puan Besar Khaleeda.

Turut hadir bersama, YAM Tunku Idris Iskandar Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor, YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan Dato’ Dennis Muhammad Abdullah.

Turut mengiringi bersama adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.

Acara pelepasan konvoi Diraja Johor berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru dan disempurnakan oleh Dato’ Dr Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor.

KMJ merupakan ilham DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada tahun 2001 sewaktu Baginda bergelar Tunku Mahkota Johor.

Sejak itu, KMJ telah menjadi salah satu acara utama tahunan negeri Johor dan merapatkan perhubungan Istana Johor dengan Bangsa Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.