Skip to main content

KELUARGA DIRAJA JOHOR KURNIA 143 EKOR LEMBU SEMPENA SAMBUTAN AIDILADHA

Admin
Jun 19, 2024

Sempena sambutan Aidiladha tahun ini, Keluarga Diraja Johor telah mengurniakan sebanyak 143 ekor lembu ibadah korban untuk rakyat Johor.

Kurniaan ini bertujuan untuk membantu dan meringankan beban golongan yang memerlukan serta memeriahkan lagi sambutan Aidiladha di Johor.

Semoga kurniaan ini akan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat serta membawa keberkatan dan kegembiraan kepada setiap penerima.

Kurniaan ini dilaksanakan setiap tahun oleh Keluarga Diraja Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.