KENYATAAN PALSU
By Admin
November 06, 2022
KENYATAAN PALSU
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor bertitah menegaskan Baginda tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana disebarkan di dalam gambar ini.
Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan secara berterusan pihak tidak bertanggungjawab di dalam pelbagai aplikasi media sosial.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) sebelum ini sudah membuat laporan polis berhubung penyebaran kenyataan palsu ini.
DYAM Tunku Mahkota Johor bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office atau di laman sosial rasmi Baginda sahaja.