Skip to main content

KEPENTINGAN PENDIDIKAN UNTUK BELIA KITA DAN KE ARAH MENAMBAH BAIK SISTEM PENDIDIKAN DI JOHOR

Admin
Mac 24, 2022

Akses kepada pendidikan merupakan perkara yang sentiasa dekat di hati saya. Individu dari semua peringkat umur tanpa mengira status atau latar belakang harus sentiasa mempunyai akses yang mudah kepada peluang pendidikan untuk mengembangkan kemahiran dan pengetahuan mereka. Adalah penting pendidikan berkualiti diberikan kepada rakyat khususnya golongan belia bagi membantu mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk menghadapi cabaran hidup.

Mungkin sudah tiba masanya untuk merombak silibus pendidikan kita. Pandemik Covid-19 telah menunjukkan bahawa menjadi celik teknologi dan keperluan untuk pendidikan berteraskan teknologi sangat penting. Belia kita perlu memiliki kemahiran yang mencerminkan keperluan dunia dinamik yang sentiasa berubah. Kita perlu merapatkan jurang antara kualiti graduan kita dengan tuntutan pasaran kerja.

Untuk manfaat jangka panjang negeri Johor, kita perlu meneroka idea untuk memastikan belia kita serba lengkap dan terdidik untuk menyahut cabaran masa depan. Selain pengetahuan, kita juga memerlukan inisiatif dalam pembangunan sahsiah dan mendidik belia kita menjadi individu yang lebih berdaya saing, berkeyakinan dan berbelas kasihan.

Belia Johor layak belajar daripada yang terbaik untuk berkembang dan menjadi individu dewasa yang berjaya. Saya akan terus memberi penekanan tentang kepentingan pendidikan untuk belia kita dan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk mengorak langkah ke arah menambah baik sistem pendidikan di Johor.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

https://www.theedgemarkets.com/article/edu-nation-johors-education-system-can-show-way-forward

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.