KERUSI RODA KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR UNTUK KEGUNAAN PUSAT PEMBERIAN VAKSIN (PPV) DAERAH BATU PAHAT
By admin
Jun 09, 2021
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di daerah Batu Pahat telah menerima kurniaan 10 buah kerusi roda daripada DYAM Tunku Mahkota Johor untuk Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).
Kerusi roda tersebut diserahkan kepada Dr. Khalid Al-Walid bin Abas selaku Penyelaras PPV Dewan Jubli Intan. Petugas Sukarelawan Southern Volunteers juga turut sama hadir membantu semasa sesi penyerahan tersebut.
Dengan tambahan 5 buah kerusi roda tersebut akan memberi manfaat untuk kegunaan penerima vaksin yang hadir terutamanya kepada golongan warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU) di PPV Dewan Jubli Intan, manakala 5 buah lagi akan diserahkan untuk kegunaan di PPV Dewan Orang Ramai, Parit Raja.
