Skip to main content

KITA MEMERLUKAN DASAR-DASAR EKONOMI YANG MENGGALAKKAN PERKEMBANGAN EKONOMI DAN PEMBANGUNAN KETARA

Admin
Februari 14, 2022

Johor merupakan negeri yang mempunyai jumlah pelaburan tertinggi antara tahun 2016, 2017 dan 2018. Tetapi selepas 2018, jumlah pelaburan di Johor mula menjunam.

Saya berharap ekonomi negeri akan bertambah baik dan dapat secara langsung menyediakan lebih peluang pekerjaan untuk Bangsa Johor. Ini amat penting bagi memastikan rakyat boleh menjana lebih pendapatan dan mempunyai keupayaan perbelanjaan yang lebih tinggi.

Kita memerlukan dasar-dasar ekonomi yang menggalakkan perkembangan ekonomi dan pembangunan ketara. Kita perlu bersama-sama berganding bahu dan memberi tumpuan kepada pemulihan ekonomi. Ini harus menjadi keutamaan kita.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.