KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR
By Admin
Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Zairul Adilla Bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Jemaluang.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor bagi masjid dan surau juga telah disampaikan kepada Pengerusi Masjid Dato’ Ghulam Kampung Sri Pantai, Surau Kampung Gajah Mati, dan Surau Al-Itqan, ILP Mersing.
Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing serta membantu dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan penambahbaikan surau dan masjid di daerah ini.