Skip to main content

KURNIAAN BANTUAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR BAGI DAERAH MERSING

Admin
Mei 10, 2023

Wakil rasmi Pegawai Daerah Mersing, Encik Zairul Adilla bin Haji Zani, Ketua Penolong Pegawai Daerah Mersing bersama-sama Encik Muhammad Jafni Adli bin Ja’afar, Penolong Pegawai Daerah Mersing diiringi Penghulu-penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung telah mengadakan Ziarah Muhibah sempena penyampaian Kurniaan Bantuan DYAM Tunku Mahkota Johor kepada beberapa buah keluarga di Mukim Padang Endau, Mukim Tenggaroh dan Mukim Penyabong.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor juga disampaikan kepada Pengerusi Masjid Kampung Air Puteri, Surau Kg. Teluk Iskandar dan Surau Taman Pantai. Turut serta dalam penyerahan kurniaan kepada beberapa masjid ini adalah Imam Mohamad Sajid Muslim Bin Jasmani, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pejabat Kadi Daerah Mersing.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Johor ini adalah perkenan inisiatif berterusan baginda Tunku Mahkota Johor untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan Bangsa Johor khususnya di Daerah Mersing serta membantu dalam meningkatkan kecekapan pengurusan dan penambahbaikan surau dan masjid di daerah ini.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.