KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH BATU PAHAT
By Admin
November 17, 2025
Cik Nor Izza Farha binti Asimat, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat, telah hadir selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Mohd Farid bin Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat, bagi menyempurnakan Program Ziarah Prihatin sempena penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor.
Program Ziarah Prihatin ini merupakan salah satu usaha berterusan dalam membantu golongan sasar yang menghadapi kepayahan hidup, golongan asnaf, miskin tegar serta kurang berkemampuan.
Semoga penyampaian kurniaan ini membawa keceriaan dan memberi manfaat kepada semua penerima.




