Skip to main content

KURNIAAN DULI YANG AMAT MULIA TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI KELUARGA TERMISKIN DI DAERAH BATU PAHAT

Admin
Oktober 07, 2025

YBrs. Cik Nor Izza Farha binti Asimat, Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat Selaku wakil rasmi YBhg. Tuan Mohd bin Mohd Kassim, Pegawai Daerah Batu Pahat, hadir menyempurnakan Program Ziarah Prihatin Sempena Penyerahan Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail Pemangku Sultan Johor. Lawatan ini melibatkan beberapa keluarga penerima di Daerah Batu Pahat.

Program lawatan Ziarah Prihatin seumpama ini merupakan salah satu gerak usaha dalam membantu golongan sasaran iaitu mereka yang menghadapi kepayahan hidup, golongan asnaf, miskin tegar dan kurang berkemampuan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.