Skip to main content

LAPORAN TERKINI MENGENAI SITUASI BANJIR DI MUAR DAN SEGAMAT

Admin
Januari 10, 2022

Paras air sungai di daerah Muar pada masa ini telah menunjukkan penurunan dan setiap jalan yang terputus sudah boleh dilalui oleh semua jenis kenderaan.

Di Segamat pula, bilangan Pusat Penempatan Sementara (PPS) kini hanya tinggal 18 buah sahaja yang beroperasi dan hanya 299 buah keluarga sahaja yang masih terjejas.

Saya juga telah menghantar 2,000 kotak makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir termasuk mereka yang telah kembali ke rumah masing-masing.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.