LAWATAN KE PPS SMK KAHANG, KLUANG
By Admin
Januari 04, 2022
Alhamdullilah. Saya, isteri dan adik saya selesai melawat PPS SMK Kahang, Kluang. Setakat ini, seramai 116 orang mangsa dari 35 buah keluarga sedang ditempatkan di sini. Barangan keperluan telah diagihkan kepada mangsa. Semua berada dalam keadaan baik.
Turut hadir bersama ialah YB Dato’ Haji Azmi bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Vidyananthan A/L Ramanadhan, EXCO Kesihatan dan Alam Sekitar dan YB Datuk Onn Hafiz Bin Ghazi, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan Negeri Johor.
Terima kasih juga saya ucapkan kepada para sukarelawan khususnya Southern Volunteers dan agensi-agensi yang terlibat dalam membantu misi bantuan banjir ini.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor