LAWATAN KE TAPAK PROJEK RAPID TRANSIT SYSTEM LINK (RTS LINK) ANTARA JOHOR BAHRU DAN SINGAPURA
By Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat melawat tapak projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura pada hari ini, 5 September 2024.
Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor, YB Tuan Ir. Ts. Mohamad Fazli Mohamad Salleh, Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor, YB Dato’ Haji Asman Shah Bin Abd. Rahman, Pegawai Daerah Johor Bahru dan Datuk Mohd Zarif Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Mass Rapid Transit Corp Sdn Bhd (MRT Corp).
Dalam sesi lawatan tersebut, Baginda turut diberi taklimat mengenai kemajuan terkini projek berkenaan. Allah Peliharakan Sultan.