Skip to main content

LAWATAN RASMI KE SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK UTARA UNTUK PROGRAM SEKOLAH RINTIS BANGSA JOHOR

Admin
Januari 20, 2026

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat melakukan lawatan rasmi ke Sekolah Kebangsaan Tasek Utara untuk program Sekolah Rintis Bangsa Johor pada hari ini, 20 Januari 2026.

Sekolah Rintis Bangsa Johor (SRBJ) merupakan cetusan ilham DYAM Pemangku Sultan Johor sebagai satu inisiatif pendidikan baharu bagi memperkasa sistem pendidikan negeri dan dilancarkan oleh Kerajaan Negeri Johor pada sesi persekolahan 2025/2026. Program ini melibatkan empat sekolah terpilih iaitu SK Puteri 4, SMK Seri Kota Puteri 2, SMK Tasek Utara dan SK Tasek Utara.

Dalam lawatan tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor diberi taklimat berkenaan program oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN) dan dipersembahkan dengan demonstrasi serta beberapa aktiviti dari pelajar sekolah. Baginda turut meluangkan masa melawat bilik guru dan beberapa kelas. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.