MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN KE-22 UNIVERSITI TUN HUSSEION ONN MALAYSIA (UTHM)
By Admin
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor berangkat ke majlis Istiadat Konvokesyen Ke-22 Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 3 Disember 2022, bertempat di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM.
Dalam majlis tersebut, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah dimasyhurkan sebagai Canselor UTHM yang baharu manakala YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor pula dilantik sebagai Pro-Canselor UTHM yang baharu.
Turut hadir sama dalam majlis adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Datuk Dr. Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Speaker Dewan Negeri Johor, YB Dato’ Sri Ibrahim Bin Ahmad, Pengerusi Lembaga Universiti dan YB Prof. Ts. Dr. Ruzairi Bin Abdul Rahim, Naib Canselor UTHM. Allah Peliharakan Sultan.