MAJLIS ISTIADAT KONVOKESYEN UNIVERSITI TUN HUSSEION ONN MALAYSIA (UTHM) KE-24
By Admin
Disember 07, 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor yang juga merupakan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berangkat ke Majlis Istiadat Konvokesyen UTHM Ke-24 di Dewan Sultan Ibrahim, UTHM pada hari ini, 7 Disember 2024.
Dalam majlis tersebut, DYAM Pemangku Sultan Johor turut menyampaikan Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah, Anugerah Profesor Emeritus, Anugerah Ijazah Doktor Falsafah, Ijazah Sarjana dan Anugerah Akademik. Allah Peliharakan Sultan.




