MAJLIS ISTIADAT PENGURNIAAN DARJAH DAN PINGAT
By Admin
DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor dan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Pingat yang berlangsung di Istana Besar Johor, Johor Bahru pada 6 Mei 2022.
Dalam majlis tersebut, DYMM Sultan Johor berkenan mengurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) kepada Perdana Menteri Singapura, Dato’ Lee Hsien Loong dan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Pertama Dato’ Sri Mulia Sultan Ibrahim Johor (S.M.I.J) kepada Datin Paduka Ho Ching.
Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah DYMM Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor dan YAM Che Puan Besar Khaleeda serta ahli Keluarga Diraja, Jumaah Majlis DiRaja dan Pegawai-pegawai Kerajaan Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.