Skip to main content

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PROGRAM MEMBUDAYAKAN AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR DAN KURNIAAN BANTUAN ZAKAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 1445/2024M

Admin
Mac 27, 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Program Membudayakan Al-Quran Peringkat Negeri Johor dan Kurniaan Bantuan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor Tahun 1445H/2024M di Masjid Bandar Pontian, Johor pada hari ini, 27 Mac 2024.

Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami Dato’ Dennis Muhammad Bin Abdullah serta Keluarga DiRaja Johor.

Hadir sama adalah YAB Dato’ Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Dato’ Dr. Abdul Rahim Ramli, Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan YB Tuan Haji Mohd Fared Bin Haji Mohd Khalid, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor.

Dalam majlis yang sama, DYAM Pemangku Sultan Johor selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri Johor turut menyerahkan kurniaan bantuan zakat kepada para asnaf dan memerlukan. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.