Skip to main content

MAJLIS PELANCARAN MEDIA DIGITAL JOHOR

Admin
Oktober 19, 2022

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YAM Che’ Puan Besar Khaleeda berangkat ke Majlis Pelancaran Media Digital Johor di Dewan Banquet, Sunway Big Box, Johor pada 19 Oktober 2022.

Media Digital Johor merupakan ilham Baginda untuk menyediakan satu platform digital setempat rasmi Kerajaan Johor bagi hebahan inisiatif-inisiatif agensi-agensi Kerajaan Negeri Johor dan Institusi Diraja serta berita-berita semasa.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah YAB Datuk Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.