MAJLIS PENGUMUMAN PAKEJ INSENTIF CUKAI ZON KEWANGAN KHAS (SFZ) DAN SESI TAKLIMAT KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
By Admin
September 20, 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Pengumuman Pakej Insentif Cukai Zon Kewangan Khas (SFZ) dan Sesi Taklimat Kementerian Kewangan Malaysia di Forest City, Johor pada hari ini, 20 September 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAB Dato Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II, YB Tan Sri Dato’ Dr. Haji Azmi Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan barisan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.