Skip to main content

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP MAJLIS TILAWAH AL-QURAN KALI KE-69 DAN MENGHAFAZ AL-QURAN PERINGKAT NEGERI JOHOR TAHUN 2025M/1446H

Admin
Februari 20, 2025

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Perasmian Penutup Majlis Tilawah Al-Quran Kali Ke-69 Dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Johor Tahun 2025M/1446H yang berlangsung di Dewan Besar Pusat Islam Iskandar Johor, Johor Bahru pada hari ini, 20 Februari 2025.

Pada majlis berkenaan, DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengurniakan hadiah kepada peserta lelaki dan johan keseluruhan daerah manakala YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor mengurniakan hadiah kepada peserta perempuan. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.