MAJLIS PERBARISAN HARI KEBANGSAAN SINGAPURA
By Admin
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura yang berlangsung di Republik Singapura pada hari ini, 9 Ogos 2025.
Berangkat sama dalam majlis tersebut adalah KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, H.E. Prabowo Subianto, Presiden Indonesia dan H.E. Tharman Shanmugaratnam, Presiden Singapura.
Hadir sama adalah H.E. Lawrence Wong, Perdana Menteri Singapura dan YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Allah Peliharakan Sultan.




