Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat ke Majlis Sambutan 100 Tahun Perasmian Tambak Johor pada hari ini, 28 Jun 2024.
Dalam majlis tersebut, Baginda turut menyaksikan sesi pertukaran cenderahati antara Kerajaan Negeri Johor dan Kerajaan Singapura serta acara simbolik pelepasan 100 ekor burung merpati sempena 100 tahun perasmian Tambak Johor. Allah Peliharakan Sultan.