MAJLIS SANTAPAN MALAM REJIMEN GERAK KHAS
By Admin
Ogos 29, 2024
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor dan Yang Amat Mulia Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor berangkat ke Majlis Santapan Malam Rejimen Gerak Khas yang berlangsung pada hari ini, 29 Ogos 2024.
Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor dan YB Tan Sri Dato’ Dr Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor.
Hadir sama adalah YB Brigadier Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Panglima Briged Ke-7 Infantri Malaysia (7 Briged) dan Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Panglima 3 Divisyen. Allah Peliharakan Sultan.




