Skip to main content

MENERIMA MENGADAP SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR, PANGLIMA 21 GERUP GERAK KHAS DAN PEGAWAI DAERAH

Admin
Mac 02, 2022

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor terima mengadap YB Dato’ Hj Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Mejar Jeneral Nubli Bin Hj Hashim, Panglima 21 Gerup Gerak Khas di Royal Johor Polo Club pada hari ini, 2 Mac 2022.

Turut serta dalam sesi tersebut adalah Tuan Haji Mohd Rafi bin Abdullah, Pegawai Daerah Pontian, Tuan Haji Zainor bin Adani, Pegawai Daerah Kulai, Tuan Haji Nasri bin Md. Ali, Pegawai Daerah Batu Pahat, Tuan Haji Jamaludin bin Haji A. Hamid, Pegawai Daerah Kluang dan Tuan Haji Mohammed Shakib bin Haji Ali, Pegawai Daerah Mersing. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.