Skip to main content

MENINJAU SITUASI BANJIR DI DAERAH TANGKAK

Admin
Januari 02, 2022

Pada hari ini saya meneruskan tinjauan situasi banjir di daerah Tangkak. Turut hadir bersama Yang Berhormat Dato’ Haji Azmi Bin Rohani, Setiausaha Kerajaan Johor dan Tuan Haji Azman bin Haji Mohamed Shah, Pegawai Daerah Tangkak. Saya telah melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Agama Bandar Tangkak untuk mendapat perkembangan terkini mengenai bencana banjir di Tangkak.

Setakat ini, terdapat 31 mangsa daripada tujuh keluarga yang telah dipindah ke PPS tersebut. Bantuan keperluan asas telah diagihkan kepada mangsa-mangsa banjir oleh Johor Military Force (JMF) dengan bantuan Southern Volunteers.

Seterusnya, saya telah pergi ke daerah Muar untuk meninjau situasi banjir di sana. Saya telah membuat lawatan ke Pejabat Daerah Muar yang kini dijadikan Pusat Kawalan Operasi Banjir, dan disertai oleh Tuan Haji Mustaffa Kamal Bin Dato’ Haji Shamsudin, Pegawai Daerah Muar bersama-sama agensi-agensi di daerah Muar.

Terima kasih kepada agensi-agensi kerajaan dan badan keselamatan, pejabat-pejabat daerah dan NGO-NGO Johor yang telah memastikan kesiapsiagaan yang tinggi dalam menghadapi bencana banjir ini. Saya sentiasa doakan yang terbaik untuk rakyat Johor dan semoga anda semua dilimpahi berkat Allah SWT.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.