Skip to main content

MESYUARAT BERSAMA KONFEDERASI BOLA SEPAK ASIA

Admin
Ogos 23, 2024

Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berkunjung ke AFC House di Bukit Jalil untuk mengadakan pertemuan bersama YBhg Datuk Seri Windsor John, Setiausaha Agung Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) pada hari ini, 23 Ogos 2024.

Turut serta adalah Pengarah Teknikal Qatar FA dan Ketua Pegawai Sukan Akademi Aspire, Tim Cahill.

Perbincangan tertumpu kepada pentadbiran bola sepak, kancah bola sepak Malaysia dan pertandingan sulung Liga Elit Juara-Juara AFC yang akan datang, apabila Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim berbesar hati untuk bersaing di antara 24 kelab terbaik di benua ini. Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.