Skip to main content

MESYUARAT PENGELOLAAN LIGA MALAYSIA & TAKLIMAT PENGURUSAN STADIUM DAN VENUE LIGA MALAYSIA MUSIM 2024/25

Admin
Januari 09, 2024

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Mesyuarat Pengelolaan Liga Malaysia & Taklimat Pengurusan Stadium dan Venue Liga Malaysia Musim 2024/2025 bersama YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan dan YB Dato’ Ab. Ghani Hassan, Presiden Malaysian Football League (MFL) di Sunway Big Box Hotel, Iskandar Puteri Johor pada hari ini, 9 Januari 2024.

Dalam mesyuarat tersebut, DYAM Tunku Mahkota Johor berkenan menyumbang RM300,000 untuk penyelenggaraan padang bagi tahun pertama kepada setiap pasukan yang menerima geran RM500,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan bagi pembinaan padang baharu dan sistem perparitan baharu yang berkualiti. Geran daripada kementerian tersebut adalah hasil perbincangan antara Baginda dan YB Hannah pada tahun lalu.

“Saya telah menegaskan tentang kepentingan infrastruktur bola sepak yang berkualiti. Saya berharap dapat melihat infrastruktur di seluruh negara menjadi lebih baik dan menepati piawaian antarabangsa,” DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Allah Peliharakan Sultan.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.