MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-15
By Admin
April 30, 2026
Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor berangkat hadir merasmikan Mesyuarat Pertama (Pembukaan Rasmi) Bagi Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Yang Ke-15 di Dewan Persidangan Negeri Johor, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, Iskandar Puteri pada 30 April 2026. Turut mengiringi keberangkatan Baginda adalah Duli Yang Amat Mulia Tunku Iskandar Ibni Tunku Ismail, Raja Muda Johor. Allah Peliharakan Sultan.




