PELANTIKAN KHAIRY JAMALUDDIN SEBAGAI PENASIHAT BELIA JOHOR DAN SEBAHAGIAN LEMBAGA PENGARAH KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM
By Admin
Februari 15, 2023
Saya telah bertemu dengan Khairy Jamaluddin dan bersetuju untuk melantik beliau sebagai Penasihat Belia Johor dan sebahagian Lembaga Pengarah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim.
Pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang di negara ini akan memberikan nilai tambah kepada pembangunan belia serta kemajuan bola sepak Johor.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor
