Skip to main content

PENYAMPAIAN KOMPUTER RIBA KEPADA ANAK-ANAK MUAR KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR

admin
Januari 15, 2021

Pegawai Daerah Muar menyampaikan sumbangan kurniaan komputer riba kepada pelajar-pelajar miskin dari keluarga e-kasih di Mukim Bandar Daerah Muar.

Komputer riba ini telah dikurniakan oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang prihatin kepada anak-anak Muar dari keluarga e-kasih yang amat memerlukan komputer untuk pembelajaran mengikut norma baharu. Komputer riba ini dapat membantu pelajar-pelajar ini untuk meneruskan pembelajaran secara maya mengikut keperluan semasa dan memastikan pendidikan mereka tidak terjejas.

Kami menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada DYAM Tunku Mahkota Johor atas kurniaan sumbangan komputer riba ini.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.