PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM PULAI DAN PLENTONG DAERAH JOHOR BAHRU
By Admin
November 10, 2024
Penyampaian kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor bagi Mukim Pulai dan Mukim Plentong yang disampaikan oleh Tn Haji Ahmad Nazir bin Hj Mohd Nasir, Pegawai Daerah Johor Bahru.
Turut sama mengiringi penyampaian kurniaan adalah Pegawai-pegawai daripada Pejabat Daerah Johor Bahru, Penghulu Mukim Pulai dan Mukim Plentong serta Ketua-ketua Kampung.
Penerima terdiri daripada mereka yang kurang berkemampuan, berpenyakit kronik dan ahli keluarga OKU. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut serta diharapkan juga dapat meringankan beban mereka.