Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI MUKIM TEBRAU DAERAH JOHOR BAHRU

Admin
Disember 10, 2024

Encik Muhammad Najhan bin Abdul Rahim, wakil rasmi Pegawai Daerah Johor Bahru telah menyerahkan kurniaan sumbangan Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor kepada beberapa penerima dari Mukim Tebrau. Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini adalah Penghulu Mukim dan Ketua-ketua Kampung di dalam Mukim Tebrau.

Kurniaan ini merupakan inisiatif Baginda yang menitikberatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat dengan menyasarkan penerima daripada kalangan keluarga asnaf atau individu yang betul-betul memerlukan bantuan.

Penerima terdiri dari mereka yang kurang berkemampuan, ahli keluarga OKU, pesakit terlantar dan berpenyakit kronik. Kurniaan ini adalah bagi membantu golongan tersebut di samping dapat meringankan beban mereka.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.