Skip to main content

PENYAMPAIAN KURNIAAN DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL, PEMANGKU SULTAN JOHOR BAGI DAERAH KOTA TINGGI

Admin
Mac 10, 2025

Yang Berbahagia Tuan Haji Miswan bin Yunus, Pegawai Daerah Kota Tinggi telah menyempurnakan kurniaan Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor kepada penerima di Mukim Pengerang.

Kurniaan DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor ini berinisiatif untuk membantu golongan yang memerlukan terdiri daripada masyarakat yang fakir dan miskin, golongan warga emas, pesakit kronik, terlantar serta mereka yang memerlukan bantuan.

Turut serta dalam penyerahan kurniaan ini iaitu Penolong Pegawai Daerah, Penghulu Kanan, Penghulu Mukim, Ketua Kampung dan wakil Amin Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) Daerah Kota Tinggi.

© DYAM Pemangku Sultan Johor. Hakcipta Terpelihara.